Showing posts with label Recipe wz Roti. Show all posts
Showing posts with label Recipe wz Roti. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Binka Roti Kelapa Pandan


BAHAN

16 keping roti putih *
300ml santan pekat *
600ml air pandan ~ 8 helai daun * pandan dimesin dgn air secukupnya
4 bj telur A *
1 1/2 cawan gula pasir ~ kalau tak suka manis boleh kurangkan *
3 sb tepung kastard *
3 sb margerin*
Sedikit garam
Pewarna hijau *
1 cawan kelapa parut putih
Bijan putih dan hitam secukupnya.

PENYEDIAAN

1. Panaskan oven. Lengser loyang 9x9in dgn margerin dan panaskan dlm oven.
2. Satukan semua bahan yg bertanda *. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus. Masuk dlm bekas, tambah kelapa parut dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang, tabur bijan dan bakar selama 1 jam setengah atau sehingga masak dgn kepanasan 180C.

4. Sejukkan baru dipotong

.Credit : FB Resipi Kek & Biskut Raya

Toasts ... Anyone!!!











Sushi Bread

 

French Toast in a Mug


BAHAN : 

2 keping roti yang telah dipotong dadu
1 biji telur
1 sudu besar mentega yang telah dicairkan
1/2 sudu kecil gula (optional)
2 sudu besar susu segar
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil vanilla

PENYEDIAAN :

1. Sapukan bekas yang akan digunakan dengan sedikit mentega.
2. Masukkan telur, susu segar, gula, serbuk kayu manis dan vanilla dan pukul/gaul sehingga rata.
3. Masukkan potongan roti ke dalam bekas berisi campuran telur dan biarkan terendam seketika.
4. Gaulkan supaya kesemua roti bersalut campuran telur.
5. Masukkan ke dalam microwave pada setting HIGH untuk 1.5 minit. Periksa setiap 30 saat dan pastikan telur telah masak dengan sepenuhnya.


*Ingat ya, guna bekas yang boleh microwave ya. Bukan bekas besi*

credit : www.sugarstilettosstyle.com

Chicken Meatloaf Bread



1. Sapukan mentega di kedua-dua belah roti dan susunkan secara menegak di dalam loyang seperti gambar.

2. Selitkan Chicken Meatloaf dan hirisan tomato di antara kepingan-kepingan roti.

3. Pukul 4 biji telur bersama 150ml susu cair/segar, tambahkan garam, lada sulah (dan jika suka pedas, boleh tambahkan sedikit chilli flakes) dan tuangkan ke dalam loyang berisi roti.

4. Taburkan keju parut ke atas roti. Boleh juga guna keju campuran pizza yang terdiri daripada cheddar, mozarella dan parmesan.


5 Bakar di dalam oven pada suhu 180 degC sehingga telur masak dan roti berwarna keemasan.

Cinnamon Rolls Toast



1. Potongkan kulit roti dan lenyekkan roti sehingga leper.

2. Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti.

3. Taburkan cinnamon sugar.

4. Gulungkan roti.

5. Masukkan ke dalam dulang mufin, taburkan cinnamon sugar lagi (+ raisin jika suka) dan bakar dalam oven pada suhu 180degC selama 15-20 min atau sehingga roti rangup.


*juga boleh disejukbekukan.*

credit : circle-b-kitchen.squarespace.com

Cheezy Baked Egg Toast



1. Dengan menggunakan sudu, leperkan bahagian tengah roti sehingga membentuk lekuk berbentuk segiempat. Hati-hati supaya roti tidak terkoyak.

2. Perisakan roti dengan garam dan lada sulah secukup rasa.

3. Pecahkan sebiji telur ke dalam lekuk segiempat yang telah dibentukkan. Perisakan telur secukup rasa dengan garam dan lada sulah jika nak.

4. Sapukan mentega di tepi roti, jangan terkena telur di dalam lekuk.

5. Taburkan keju parut di sekeliling roti.

6. Bakarkan dalam oven sehingga telur masak.

credit : crazyadventuresinparenting.com

Wednesday, August 12, 2015

Puding Roti



BAHAN

 4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

PENYEDIAAN

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. 

Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.

Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Wednesday, August 5, 2015

Murtabak Daging Lapis Kraker


BAHAN-BAHAN

loyang 9x9x3inci
18 keping biskut krackers (27 keping boleh buat 3 lapis)
400 ml santan
1 tin susu cair
6 biji telur

Untuk Lapisan Daging
500 gm daging kisar
3 biji bawang besar dicincang halus
1 paket serbuk kari daging
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lobak merah diparut
1 tangkai cili merah- di cincang
daun bawang daun sup dicincang
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa, sedikit gula

PENYEDIAAN – Inti

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.

Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.

Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya.

Masukkan bawang besar dan daging cincang.

Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.

Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. 

Angkat dan sejukkan.

PENYEDIAAN : Lapisan Kraker.

Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.

Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.

Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.

Lapiskan dengan lapisan daging.

Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.

Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.

Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.

Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.

Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C.

(*2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers)


Decoration Idea ... add taste too





Monday, August 3, 2015

Bread Beef Lasagna


BAHAN (inti) :

250g Daging cincang (if bekas besar lebihkan)
2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
1 biji bawang holland (dadu)
3 biji bawang putih (cincang)
4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
4 sudu sos black pepper
Serbuk paprika (optional-den tambah)
Mixed herbs (optional-den tambah)
3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege
1 batang cili merah (hiris halus)
1 batang cili hijau (hiris halus)

Daun sup (hiris halus)



BAHAN LAIN :

Roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
12 slice Cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
½ cawan Mozzarella cheese (parut-optional)
100ml susu segar
2 biji telur

Majerin (untuk gris tray)





PENYEDIAAN (inti) :

1. Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
3. Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
4. Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
5. Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
6. Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.





PENYEDIAAN (melapis) :

1. Gris tray dengan majerin
2. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celurkan roti
3. Susun roti dlm tray rapat².
4. Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
5. Letak slice cheese di atas inti.
6. Ulang cara 2-5
7. Layer yg atas sekali tabur mozzarella.


8. Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40minit




Thursday, July 9, 2015

Gooey Bread Pudding


BAHAN-BAHAN

4kpg - Roti Sandwich di dadu kecik2 (Wheat Sandwich Loaf - dice small)
2cup - Susu Segar rendah lemak (Fresh Low fat milk)
3tbs - Gula Perang (Brown Sugar)
1tsp - Vanilla
2bjk - Telor (Eggs)
Optional:-
1kpg - Cheese di potong kecik2 (Slice/Grated Cheese - cut accordingly)
2tbs - Chocolate Chip
3 cawan atau mangkok tahan panas

PENYEDIAAN

Susun kan 1/2 saja dulu Roti yang di dadu kedalam cawan dan taburkan dengan sedikit Chocolate chips dan ketepikan dahulu.

Whisk Telor + Brown Sugar = Sehingga sebati.

Masukkan Vanila + Susu Segar = Whisk kan lagi sehingga sebati.

Tuangkan Mixture Susu kedalam Cawan Roti dan masukkan 1/2 lagi roti dan tuangkan sehingga penuh Susu Mixture (macam dalam pic.)

Taburkan dengan Chocolate Chips, Raisin dan Cheese parut/potong.

Susun kan Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).

Bake kan selama 20-25 minutes pada suhu 180-190'C atau ikut panas Oven.


NOTE:- Gooey Bread Pudding ni sedap dimakan PANAS2. Manis ikut masing2 Gula Perang bolih ditukarkan kepada Gula Halus.