Showing posts with label Jannah - Zikrullah. Show all posts
Showing posts with label Jannah - Zikrullah. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat
dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" 
yang bermaksud: 
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan                                                                                    Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.  Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/ khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH seb
anyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Tuesday, July 28, 2015

Zikir : Menghitung Tasbih dengan Jari


Abdullah bin ‘Amr berkata “Saya melihat Rasullullah s.a.w. menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jarinya” – Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi
- Selamat Beramal-

Sunday, July 26, 2015

Ucapkanlah Dengan Betul “HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL”

Ucapan “HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL”
Ertinya : “Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung/penolong”.

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap (bertawakkal) kepada Allah Ta’ala semata-mata. Dan ia juga merupakan ucapan “pembakar” semangat keberanian orang-orang yang beriman. Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh.


Ucapan “HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL” ini dikenali sebagai “AL-HASBANA”

Semoga sama-sama kita mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN”

Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN”
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali”.

Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir, kemalangan, kecurian dan seumpamanya. (Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang).


Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN” ini dikenali sebagai “LIL ISTIRJAA/TARJIE’”


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul “JAZAKALLAHU KHAIRAN”

Ucapan “JAZAKALLAHU KHAIRAN”
Ertinya : “Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan”.

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang. Boleh juga diucapkan dengan “JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN“ (Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak). Juga diucapkan dengan “JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK” (Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik).

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “JAZAKALLAHU” (Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa??? Ayat ini jadi ayat tergantung!

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa, maka respon kita pula ialah: “JAZANA WA IYYAK”. Erti respon itu ialah : “Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu”.

Ucapan “JAZAKALLAHU KHAIRAN” dikenali sebagai kalimah “ASY-SYUKR"


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul “BARAKKALLAHU FIK”

Ucapan “BARAKKALLAHU FIK
Ertinya : “Semoga Allah memberkati engkau”

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya. Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin.


Ucapan “BARAKKALLAHU FIK” ini dikenali sebagai “AT-TABARRUK”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "INSYA ALLAH"

Ucapan “INSYA ALLAH
Ertinya : “Jika diizinkan Allah”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang. Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH”, tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini


Ucapan “INSYA-ALLAH” ini dikenali sebagai “TAWAKKUL”


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul “LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH”

Ucapan “LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH
Ertinya : “Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan (yang sebenar/yang terutama) melainkan dengan izin (pertolongan) Allah”. 

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu.
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita.


Ucapan “LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH” ini dikenali sebagai                       “AL-HAUQOLAH”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM”

Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM
Ertinya : “Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam (terkutuk)”.

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana.
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.


Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM” ini digelar sebagai                             “AT-TA’AWWUDZ”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "MA SYA ALLAH"

Ucapan “MA SYA ALLAH
Ertinya : “Apa yang Allah Kehendaki”

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah.
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat (sama seperti Tasbih)
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang, contohnya menyebut “MA SYA ALLAH” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi.


Ucapan “MA SYA ALLAH” diistilahkan sebagai : “AL-MASYIAH


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "BISMILLAH"

Ucapan “BISMILLAH
Ertinya : “Dengan Nama Allah”

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya.
Ertinya di sini ialah : “BISMILLAH” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja. Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya”.

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang, maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala.


Ucapan “BISMILLAH” dikenali sebagai “BASMALAH


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "LA ILAHA ILLALLAH"

Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH
Ertinya : “Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah”.

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan.


LA ILAHA ILLALLAH” dikenali juga dengan gelaran “TAHLIL”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "ALLAHU AKBAR"

Ucapan “ALLAHU AKBAR
Ertinya : “Allah Maha Besar”

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi.
2 – Apabila berada di dalam ketakutan.
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala.
4 – Sebagai “pembakar semangat” para pejuang Islam.
5 – Ketika azan, takbiratul ihram dan takbir hari raya.


Ucapan “ALLAHU AKBAR” ini dikenali juga sebagai “TAKBIR”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "ALHAMDULILLAH"

Ucapan “ALHAMDULILLAH”
Ertinya : “Segala puja-puji hanyalah untuk Allah” ataupun “Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah”.

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita.
Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji, contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita, lalu kita pun menjawab, “ALHAMDULILLAH, saya berjaya.” (Diucapkan ucapan “ALHAMDULILLAH” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita, ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala)


Ucapan “ALHAMDULILLAH” ini juga dikenali sebagai “TAHMID”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!

Ucapkanlah Dengan Betul "SUBHANALLAH"

Ucapan “SUBHANALLAH”
Ertinya  “MAHA SUCI ALLAH”

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib. Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan.
Tujuan kita mengucapkan “SUBHANALLAH” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “Wah! hebatnya orang itu, tak cedera langsung. Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala.”
Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “SUBHANALLAH” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala. Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata, “Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu.”


Ucapan “SUBHANALLAH” ini juga dikenali sebagai “TASBIH”.


Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!