Ucapan
“BISMILLAH”
Ertinya
: “Dengan Nama Allah”
Dilakukan
sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika
melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya.
Ertinya
di sini ialah : “BISMILLAH” digunakan
untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja.
Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “Aku menyebut
nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati
oleh-Nya”.
Adapun
jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang, maka ia adalah haram bahkan
kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian
ataupun mempersendakan Allah Ta’ala.
Ucapan
“BISMILLAH” dikenali sebagai “BASMALAH”
Moga
sama-sama mendapat manfaatnya!!!
No comments:
Post a Comment