Ucapan
“SUBHANALLAH”
Ertinya
“MAHA
SUCI ALLAH”
Ianya
diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun
perkara-perkara yang hebat lagi ajaib. Contohnya tatkala kita melihat orang
yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan.
Tujuan
kita mengucapkan “SUBHANALLAH” iaitu
seolah-olah kita mendidik diri kita : “Wah! hebatnya orang itu, tak cedera
langsung. Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku
melainkan dengan izin Allah Ta’ala.”
Ianya
diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan
yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “SUBHANALLAH” apabila melihat ada orang
yang menyembah berhala-berhala. Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita
berkata, “Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan
yang mereka anggap itu.”
Ucapan
“SUBHANALLAH” ini juga dikenali
sebagai “TASBIH”.
Moga
sama-sama mendapat manfaatnya!!!
No comments:
Post a Comment