Ucapan
“ALHAMDULILLAH”
Ertinya
: “Segala puja-puji hanyalah untuk Allah” ataupun “Segala syukur dan terima
kasih hanyalah untuk Allah”.
Ianya
diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah
Ta’ala berikan kepada kita.
Selain
itu ianya diucapkan apabila kita dipuji, contohnya apabila orang memuji kita
lantaran kejayaan kita, lalu kita pun menjawab, “ALHAMDULILLAH, saya berjaya.” (Diucapkan ucapan “ALHAMDULILLAH” agar kita tidak lupa
bahawa sehebat mana pun usaha kita, ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak
diizinkan oleh Allah Ta’ala)
Ucapan
“ALHAMDULILLAH” ini juga dikenali
sebagai “TAHMID”.
Moga
sama-sama mendapat manfaatnya!!!
No comments:
Post a Comment