Wednesday, August 5, 2015

Lompang Gula Melaka


BAHAN-BAHAN

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula melaka / merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

PENYEDIAAN

Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil 
kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. 
masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar.

Satukan tepung beras dan tepung ubi dan 
tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata

Kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. 
gaul hingga sebati

Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang 
yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.

hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Sumber : Blog

No comments:

Post a Comment