BAHAN-BAHAN
Bahan
untuk pastri:
2
cawan tepung gandum
70
gram mentega sejuk, potong kiub
1/2
sudu kecil garam halus
40 ml
air sejuk
1 biji
telur, untuk sapu
Bahan
untuk inti sardin:
1 tin
kecil sardin
3 ulas
bawang putih, cincang halus
3 biji
bawang merah, cincang halus
1 biji
kentang, potong dadu
1 biji
bawang besar, potong dadu
2 sudu
besar cili kisar
3 biji
cili api, hiris nipis
1 sudu
besar mayonis
minyak
garam
dan gula secukup rasa
PENYEDIAAN
Gaulkan
tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti
serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
Tuangkan
air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Balut
doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
Keluarkan
doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk
bebola.
Gunakan
rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti
sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur
dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
Goreng
di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.
Cara
untuk memasak inti sardin:
Panaskan
minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian
masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan
sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga
kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
Masukkan
pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
Hancurkan
isi sardin dan gaul bersama mayonis.telur dan kacau sebati
Masukkan
vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam
tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek
jugak...tebal atau nipis kek ni.
Lepas
40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.
No comments:
Post a Comment