BAHAN-BAHAN
2 1/2
cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji
telur
1
cawan minyak sayuran
1 1/2
cawan gula putih
2
cawan tepung
1 sudu
teh soda bikarbonat
1 1/2
sudu teh baking powder
1 1/2
sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu
teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu
teh vanilla
1/2
sudu teh garam
1
cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
PENYEDIAAN
Panaskan
oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan
tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan
ayak.
Pukul
telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer
sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul
lagi hingga sebati.
Masukkan
campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan
vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam
tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek
jugak...tebal atau nipis kek ni.
Lepas
40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.
No comments:
Post a Comment