Thursday, July 9, 2015

Roti Jala


RECIPE 1

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

PENYEDIAAN

Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.

Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. 

Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.

Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. 

Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

***********************************
RECIPE 2

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1 sudu besar minyak jagung
Sedikit vanilla
Secubit garam
Sedikit Pewarna.

PENYEDIAAN :

Campur semua bahan, kacau sehingga sebati.

Blend hingga texture halus

Boleh la menjala - Pakai botol yg muncung 3.

Pakai non stick pan, picit sikit n layangkan sahaja kat atas pan, kalua tak nanti roti jala jadi tebal, tak sedap dmakan....roti jala mestilah lembut dan ringan.


Dah masak...lipat n gulung aje.

No comments:

Post a Comment