Friday, July 10, 2015

Apam Gula Hangus


BAHAN-BAHAN

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil soda bikarbonat *diayak
1 1/2 cwn tepung gandum *diayak

PENYEDIAAN

1Masakkan gula pasir hingga keemasan dan padam api. Kemudian campurkan dgn 1 cwn air, pasang kembali api dan kacau sehingga sebati. Padam api dan sejukkan.

Mixer telur, susu,minyak dan marjerin selama 5 minit. Masukkan gula hangus dan mixer lagi.

Kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama soda tadi.

Mixer sehingga sebati agak-agak 5 minit.

Masukkan dalam acuan papercup hingga penuh.

Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan adunan tadi.
Kukus selama 15 minit.buka tudung dan angkat adunan tadi.
Balut tudung kukus dgn kain.


Siap dan memang sedap dimakan bersama kelapa putih yg digaul bersama sedikit garam

No comments:

Post a Comment