BAHAN-BAHAN
Untuk kulit
1
cawan tepung gandum
2 biji
telur
2
helai daun pandan
1 1/2
cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2
sudu kecil garam
2 sudu
besar minyak masak
Beberapa
titik pewarna hijau
Untuk inti
1/2
biji kelapa parut
3/4
cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1
helai daun pandan
PENYEDIAAN
INTI
Masukkan
kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
Kacau
sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama
10-15 minit.
Inti
akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
KULIT
Kelapa
parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna
santan segera, cuma blend dengan daun pandan dan tapis.
Ambil
tepung masukkan ke dalam mangkuk
letakkan secubit garam dan campurkan pati
santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
Kemudian
masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.
kalau
nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan
tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, kalau nak tambahkan sedikit lagi
perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
Panaskan
pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan
pan agar adunan tadi bulat.
Masak
sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan
inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung
melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis
No comments:
Post a Comment