Thursday, July 9, 2015

Sago Gula Melaka Kukus



BAHAN-BAHAN

2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
3 sdb gula merah
3 sdb gula putih
garam secukupnya
daun pisang untuk dibuat kelongsong atau calong serta lidi secukupnya

PENYEDIAAN

Basuh sagu dan toskan lima minit.

Gaulkan sagu, kelapa serta garam.

Dalam bekas lain, campurkan gula merah dengan gula putih.

Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang.

Kemudian masukkan 1/2 sudu campuran gula

dan akhir sekali masukkan 1 sudu campuran sagu.

Tutup calong dan sematkan dengan lidi.

Kukus selama 10 minit.


Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment