Thursday, July 9, 2015

Kek Chocolate Kukus



BAHAN-BAHAN

1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair
 (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)

PENYEDIAAN

Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.

Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.

Sejukkan.

Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.

Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.

No comments:

Post a Comment