BAHAN:
6
biji putih telur
2
cawan gula halus
6
biji kuning telur
1
cawan pati santan
1
cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
BAHAN
DI AYAK:
4
cawan tepung gandum
2
sudu kecil baking powder
1
sudu kecil bicarbonate soda
PENYEDIAAN:
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang,
masukkan kuning
telur dan pukul lagi.
Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis
sambil dikacau
perlahan2 sehingga sebati.
Masukkan dalam loyang yang sesuai
yang dilapik dengan kertas minyak terlebih
dahulu.
Pastikan air kukusan mendidih dahulu
ketika meletakkan adunan kek untuk
dikukus.
Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit
atau sehingga betul2
masak.
Nota
penting:
Jangan
lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.
No comments:
Post a Comment