Cuka
Epal atau Apple Cider Vinegar amat berguna dalam kehidupan manuasia seharian
seperti menurunkan berat badan, batuk, melawas usus serta melancarkan
perjalanan darah.
Cuka
Epal juga mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan dan pemulihan kucing –
sebagai rawatan alternatif secara tradisional dan boleh dilakukan dirumah.
RAWATAN FUNGUS/KURAP
(Ringworm) / MASALAH KULIT
Cairkan
cuka apple 50/50 dengan air bersih dan di sapukan secara terus menggunakan putik kapas ke
bahagian kulit kucing yang bermasalah.
Lakukan 2 kali sehari selama seminggu.
Kucing
yang dijangkiti kurap / masalah kulit juga boleh dimandikan dengan campuran
cuka epal yang berfungsi sebagai anti-kulat.
Ada
berpendapat dengan mencampur ¼ cawan cuka epal di dalam bekas mandian kecil dan
rendam badan kucing selama 10 minit dapat menyingkirkan kurap.
RAWATAN JANGKITAN SALURAN
PUNDI KENCING (UTI/FLUTD/CYCTITIS)
Campurkan
makan basah dengan 1 sudu teh cuka epal dan sedikit air bersih.
Testimoni
: Seekor kucing berusia 2 tahun yang menjalani rawatan di vet – diberikan suntikan
antibiotic, ubat dan preskripsi untuk membolehkannya minum lebih air dan banyak
kencing. Namun masih gagal setelah 8
hari. Pemilik kucing tersebut telah
memberikan rawatan alternatif di rumah
iaitu memberi kucing minum (secara suntikan picagari) campuran cuka epal dan
air bersih sebanyak 7cc. 1 sudu teh dalam makanan basah dan sedikit cuka epal
di dalam minuman. Keesokkannya kucingnya
berhasil mengeluarkan lebih banyak air kencing dan kini sihat seperti biasa.
RAWATAN JANGKITAN HAMA
TELINGA (Earmites)
Rawatan
5ml 50/50 campuran cuka epal dan air bersih.
Gunakan eyedropper titik campuran dalam telinga kucing dan gosok dengan
perlahan dari belakang telinga kucing.
Bersihkan cuping telinga kucing dengan bebola kapas. Lakukan setiap hari selama 5 hari atau
sehingga hilang tanda jangkitan.
RAWATAN KUTU DAN PINJAL
(Fleas & Ticks)
Selepas
memandikan kucing. Bilasan terakhir
gunakan campuran sukatan = 1 sudu besar cuka epal dengan 2 cawan air
bersih. Bilasan cuka epal akan
meneutralkan asid pada kulit kucing dan membuatkan kutu/pinjal yang masih hidup
lari.
macam mana dengan cacing?
ReplyDelete